Polis Tidak Prejudis Dalam Siasatan - Mohd Bakri

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu menolak andaian bahawa polis hanya menyiasat kesalahan yang disasarkan kepada pemimpin kerajaan dan sebaliknya mengambil mudah jika kesalahan serupa ditujukan kepada pemimpin pembangkang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata beberapa kes melibatkan kesalahan seperti membakar dan memijak gambar, menyerang bas serta kencing ke atas gambar pemimpin pembangkang disiasat sejurus ia dilaporkan.

"Sejak 2009, 10 kes yang dilapor membabitkan kesalahan seumpama itu telah disiasat serta-merta, dan sikap profesional polis dapat dilihat apabila kertas siasatan berhubung kes membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 30 November tahun lepas, telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Bagi kes terdahulu seperti kencing ke atas gambar serta insiden membaling cat ke arah bas ekspres pakatan pembangkang di Melaka, Sabtu lepas, Mohd Bakri berkata polis meminta individu yang diambil dan dipaparkan gambarnya ketika insiden itu berlaku supaya tampil ke balai polis.

Menurutnya, bagi kejadian di Melaka, seorang suspek dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Mohd Bakri berkata perkembangan siasatan itu membuktikan polis sentiasa bersikap profesional dan akan menjalankan siasatan kes yang dilaporkan tanpa bersikap prejudis.

Beliau berkata jika sesuatu kesalahan itu melibatkan perkara serius, pihaknya tidak akan mengambil kira latar belakang individu berkenaan serta tidak 'memilih bulu' sekiranya aduan rasmi dibuat kepada polis.

Bagi memastikan siasatan dapat dilakukan dengan cepat dan tepat, beliau meminta saksi kejadian tampil membantu polis dan suspek yang didedahkan identiti perlu menyerah diri sebelum polis membuat tangkapan.

Sebelum ini, terdapat tuduhan bahawa polis bersikap berat sebelah dan hanya bersungguh-sungguh menyiasat kesalahan jika pemimpin kerajaan menjadi sasaran dan bertindak sebaliknya jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Bakri berkata pelbagai aspek perlu dilihat sebelum Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh diubah, khususnya berkaitan penangkapan wanita, remaja atau suspek tidak ganas selain mereka yang tampil menyerah diri.

Beliau berkata sebarang peruntukan atau peraturan yang perlu dipatuhi setiap anggota polis juga perlu dinilai sama ada praktikal daripada segi undang-undang atau sebaliknya.

Mengenai tindakan menggari suspek, Mohd Bakri menjelaskan polis meneliti perkara itu yang mana ia sebenarnya dibuat untuk keselamatan suspek yang mungkin, antara lain, bertindak melompat keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

"Jika berlaku insiden seperti itu, ia mungkin boleh menimbulkan isu lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan