Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar Dalam Bentuk Program Realiti

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar(RBC) akan datang mungkin diadakan dalam bentuk program realiti, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti bagi melihat sejauh mana ia berpotensi dilaksanakan sebagai satu usaha menarik lebih banyak penyertaan terutamanya dalam kalangan belia.

"Secara tidak langsung ia dapat mempertingkatkan penyertaan golongan itu secara aktif dalam bidang ekonomi khususnya di kawasan luar bandar.

"Kejayaan mereka dalam bidang perniagaan di luar bandar secara tidak langsung akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan baru," katanya pada majlis penghargaan kepada urusetia RBC dan Anugerah Desa Sejahtera 2012 di sini, Rabu.

Mohd Shafie berkata kementerian juga perlu memberi fokus kepada fasa pelaksanaan projek kesemua 11 rancangan perniagaan yang telah terpilih sebagai pemenang untuk diperhalusi dan dimasukkan ke dalam kerangka pelan tindakan.

"Bagi tujuan tersebut, Lab Pelaksanaan RBC akan diadakan pada September ini selain mengatur gerak kerja pelaksanaan, perancangan dan seterusnya pemantauan supaya dapat mencapai keputusan diharapkan," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata Anugerah Desa Sejahtera akan terus diadakan sebagai acara tahunan kerana melalui pertandingan itu berjaya mempertingkatkan perpaduan, semangat patriotik dan cinta kepada negara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan