Perolehan Kerajaan Melebihi RM200 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka meraih perolehan lebih daripada RM200 bilion tahun ini, melepasi sasaran awal sebanyak RM187 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata pendapatan tambahan itu akan membolehkan kerajaan menambah bantuan kewangan kepada rakyat, seperti cadangan edisi kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2013.

Beliau berkata sehingga Jun 2012, Perbendaharaan merekodkan perolehan berjumlah RM99 bilion.

"Peningkatan itu sebahagian besarnya hasil daripada kutipan cukai yang dipertingkat, sumbangan yang lebih tinggi daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pertumbuhan transaksi hartanah.

"Pihak berkuasa akan terus membanteras aktiviti haram seperti penyeludupan yang akan menambah pendapatan kerajaan," kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak CFO (Ketua Pegawai Kewangan) 2012, di sini Rabu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Lim berkata ekonomi dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada dua suku berbaki tahun ini.

Ini dibuktikan menerusi Indeks Utama, yang meningkat pada purata 1.4 peratus dari Oktober 2011 hingga Mac 2012.

Indeks itu memantau unjuran prestasi ekonomi.

"Dari segi permintaan, pertumbuhan dijangka meningkat dalam penggunaan swasta serta aktiviti pelaburan yang tinggi.

"Bagi bekalan, pertumbuhan akan disokong oleh peluasan berterusan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan," katanya.

Lim juga berkata dalam tadbir urus korporat, CFO perlu menjadi model ketua pegawai integriti dalam melaksanakan amalan baik dalam organisasi secara menyeluruh.

Beliau berkata kelembapan kewangan semasa mencetuskan minat baharu terhadap keupayaan CFO yang menghadapi cabaran besar dalam peranan masing-masing.

"Justeru, CFO perlu melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran dan pengetahuan bersesuaian bagi membolehkan mereka menetapkan arah tuju pertumbuhan strategik dalam organisasi mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan