Pakatan Rakyat Anggap Perbalahan Nasha-Karpal Pandangan Peribadi

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendapat perbalahan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi kedua-dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan campur tangan dalam perbalahan berkenaan kerana melihat isu tersebut sebagai masalah dalaman PAS.

"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyokong kenyataan Anwar dan menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam isu perbalahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Soal Karpal-Nasha isu dalaman PAS. DAP tidak pernah campur tangan," katanya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal sebagai anti Islam kerana menolak dan menentang keras pendirian PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan itu menyebabkan Karpal dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin.

Malah, Nasharudin menyatakan kesediaan untuk bertemu Karpal di mahkamah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan