Orang Ramai Dijemput Rai Putera William, Kate Di Taman KLCC

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Britain menjemput para peminat Putera William dan isterinya, Kate Middleton untuk mengalu-alukan kehadiran pasangan diraja itu dalam program persembahan kebudayaan khas di taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada Jumaat.

Sebuah video yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan antara program yang akan dihadiri Duke dan Duchess of Cambridge itu dengan berlatar belakangan KLCC dan Menara Berkembar Petronas.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone turut memaklumkan mengenai persediaan yang perlu dibuat oleh orang ramai ketika sesi walkabout tersebut.

Video tersebut boleh ditonton di http://ukinmalaysia.fco.gov.uk/en/ atau www.facebook.com/bhckl.

Pasangan diraja itu dijangka tiba di KLCC antara pukul 10 pagi dan 11.30 pagi, Jumaat.

Mereka akan ke Malaysia untuk mengadakan lawatan khas selama tiga hari bermula Khamis ini.

Pasangan tersebut mengadakan lawatan khas bagi pihak Ratu Queen Elizabeth II sebagai sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Komanwel bersempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.

Selepas Malaysia, Putera William dan Kate akan berangkat ke Kepulauan Solomon sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Tuvalu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan