Najib: Pendekatan Kreatif Penting Untuk Bersaing Dengan Negara Besar

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata pendekatan kreatif dalam semua aspek penting dalam memacu perkembangan negara terutama apabila bersaing dengan negara-negara besar.

Katanya penyelesaian secara konvensional membuahkan hasil yang terhad dan sekiranya negara mahu berkembang dengan pantas, semua masalah mestilah ditangani dengan kreatif.

"Ayat 'give me creative solution' selalu saya ungkapkan. Kalau kita yakin, kita mampu cetus pelbagai idea baru walau pun pada mulanya ia dianggap pelik.

Contohnya (tarian pop Korea) Gangnam Style. Penciptanya sendiri tidak terfikir ia akan mencetuskan fenomena global," kata Najib ketika merasmikan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) di sini.

Menurutnya, sekiranya Korea mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan K-Pop, tidak mustahil golongan belia Malaysia yang kreatif dan energetik juga mampu berbuat demikian.

"Contohnya, Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa, juga pereka kasut terkenal Jimmy Choo dan pereka fesyen Tom Abang Saufi," kata Najib.

Najib berkata bakat yang dikembangkan haruslah disokong dengan pelan perniagaan yang berkesan.

"Hasrat kerajaan menubuhkan MyCreative ialah untuk memajukan produk kreatif sebagai model perniagaan yang berdaya maju dan realistik. Bukan sahaja kreativiti malah juga mampan. Bukan syok sendiri," katanya. Najib berkata kerajaan menyedari kepentingan dan potensi industri kreatif yang boleh menjana pendapatan ekonomi dan penubuhan MyCreative ini dijangka dapat memberi nafas baru untuk meningkatkan lagi status dan kepentingan industri kreatif.

MyCreative adalah cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan yang strategik dan inovatif di dalam bentuk ekuiti atau pelaburan hutang.

Inisiatif itu pada awamnya diumumkan oleh Najib semasa pembentangan Bajet 2012, dengan penyediaan peruntukan RM200 juta bagi tujuan itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan