Lawatan Duke Of Cambridge Perkukuh Hubungan Malaysia-UK

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lawatan pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge, selama empat hari ke Malaysia mulai Khamis ini, bukan sekadar memaparkan hubungan dua hala yang rapat antara negara dan United Kingdom.

Malahan, lawatan itu dijangka meningkatkan lagi hubungan yang amat mesra antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar dalam kenyataan dikeluarkan di sini pada Selasa.

Lawatan Putera William dan Duchess Kate adalah bagi pihak Ratu Elizabeth II, sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.

Menurut kenyataan itu, semasa berada di negara ini, Duke dan Duchess akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, dan menghadiri majlis makan malam diraja di Istana Negara.

Pasangan diraja itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama-sama perdana menteri dan isteri.

Selain program rasmi, pasangan diraja itu juga akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit yang menghidap penyakit untuk sepanjang hayat.

"Duchess of Cambridge, yang merupakan penaung diraja East Anglia's Children's Hospices, dijangka menyampaikan ucapan awam pertama baginda di luar negara," menurut kenyataan itu.

Putera William dan Duchess of Cambridge juga akan menghadiri persembahan kebudayaan khas yang akan diadakan di Taman Kuala Lumpur City Centre.

Selepas Kuala Lumpur, baginda berdua akan berlepas ke Kota Kinabalu dan pasangan diraja itu akan dialu-alukan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah.

"Baginda berdua akan mengakhiri lawatan ke Malaysia selepas mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah," menurut kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan