KPN: Siasatan Polis Ikut Prosedur, Tidak Pilih Bulu

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memilih bulu ketika menjalankan siasatan.

Sambil menegaskan polis sentiasa menjalankan siasatan mengikut prosedur dan amalan yang ditetapkan di bawah sistem perundangan negara, beliau berharap pihak tersebut memberi kerjasama dengan berhenti menuding jari dan tidak membuat sebarang spekulasi.

"Saya harap janganlah terus menuding jari mengatakan kita (polis) memilih bulu...kalau seseorang buat laporan, tak kira siapa, kita menjalankan siasatan mengikut prosedur, perundangan, sistem dan amalan.

"Semua pihak kita siasat...semua golongan dan tak memilih warna kulit atau kepercayaan agama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kemanusiaan kali ke-66, di sini, hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang turut bertindak sebagai pengerusi bersama bagi membincangkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

Mesyuarat itu yang dihoskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut melibatkan pelbagai agensi keselamatan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pelbagai berita yang mencalarkan imej Malaysia di mata dunia antaranya tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini mahu menukar bendera negara dan memijak gambar pemimpin negara.

Selain itu, Jalur Gemilang juga turut dikesan digantung di Selatan Thailand ketika beberapa siri letupan berlaku di negara Gajah Putih itu ketika Malaysia sedang menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55 pada 31 Ogos lalu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ismail berkata pihaknya telah mengumpul laporan yang diterima daripada seluruh negara dan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Ismail berkata perkembangan laman sosial turut menyebabkan salah laporan dan mengakibatkan berlakunya persepsi yang negatif kepada pengguna.

"Kadang-kadang kita lihat juga laporan yang tidak tepat kerana hari ini perkembangan media sosial ini yang menyebab orang ramai keliru.

"Saya ingin menegaskan Polis Diraja Malaysia menjalankan tugas secara profesional, terbuka dan untuk semua," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan