Jamil Khir: Salah Guna Visa Boleh Jejas Hubungan M'sia - Arab Saudi

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyalahgunaan visa umrah di Arab Saudi oleh rakyat negara ini boleh mencemarkan reputasi negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dan negara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata perbuatan menggunakan visa umrah untuk mengerjakan haji di Makkah adalah salah di sisi undang-undang.

"Rakyat negara ini sepatutnya faham dan mengikut prosedur ditetapkan jika mahu mengerjakan haji kerana ia melibatkan urusan di antara dua buah negara.

"Tidak boleh sewenangnya mengunakan visa umrah untuk mengerjakan haji, tindakan ini salah dan boleh dikenakan tindakan di Arab Saudi kerana visa haji dikeluarkan mengikut kuota yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau mengulas tindakan 250 rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa di Arab Saudi, bagaimanapun kesemua mereka telah dibawa pulang secara berperingkat yang berakhir semalam.

Selain menyalahgunakan visa, mereka juga dipercayai melakukan kesalahan lain iaitu tinggal lebih tempoh dan ingin belajar sekolah pondok di Makkah selama lima tahun.

Jamil Khir berkata perkara itu tiada kaitan dengan Lembaga Tabung Haji kerana ia melibatkan pakej umrah yang disediakan oleh agensi pelancongan.

"Sebab itu saya nasihatkan jika mahu mengerjakan ibadat haji gunalah saluran yang betul, jangan gunakan jalan singkat yang boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan singkat dengan tokoh ulama Salafi, Sheikh Abdullah Al-Jalaly dan mufti Masjidil Haram, Sheikh Suleiman As-Salumi di pejabatnya di sini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan