DBKL Lindungi Maklumat Pelapor Penyalahgunaan Kediaman PPR

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan melindungi identiti pemberi maklumat dalam menangani isu penyalahgunaan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata setiap maklumat akan ditangani dengan telus dan penuh berintegriti agar tidak memudaratkan pihak berkaitan.

Justeru, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk tampil melaporkan kes sedemikian, katanya selepas melancarkan Festival Makanan dan Kebudayaan Kuala Lumpur 2012 di Dataran Merdeka, di sini, Rabu.

Ahmad Phesal sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima banyak laporan bahawa bantuan rumah PPR yang bertujuan menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin, telah disewa kepada orang ketiga.

Mengenai ganjaran yang sebelum ini dilaporkan mungkin diberi kepada pengadu, Ahmad Phesal berkata DBKL sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai bentuk ganjaran bagi kes yang membawa kepada pengesanan pemilik yang menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga. Mengenai festival yang pertama kali diadakan itu, beliau berkata program memberi peluang kepada pengunjung, terutama pelancong dan ekspatriat, untuk merasai kepelbagaian hidangan tradisional serta menyertai aktiviti seni seperti kraf tangan dan persembahan pelbagai kaum.

Festival sehari itu merupakan inisiatif Unit Pelancongan DBKL untuk menjalin kerjasama yang erat dengan penggiat industri pelancongan seperti hotel dan ejen pelancongan.

"Di masa depan festival ini mungkin akan dilanjutkan selama beberapa hari. Hari ini sahaja kita sasarkan lebih 1,000 pelancong datang dan mereka bukan sahaja boleh merasai juadah malah berpeluang membantu dalam penyediaan makanan tradisi seperti dodol dan lemang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan