Dakwaan Pelajar Tidak Dibenar Ambil UPSR Tidak Benar: KP Pelajaran

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menyifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas dakwaan seorang bapa bahawa anaknya dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru besar.

Sebaliknya, beliau berkata siasatan Jabatan Pelajaran Selangor mendapati pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung, Rawang, itu gagal hadir ke sekolah pada hari peperiksaan.

Katanya siasatan juga mendapati pelajar itu tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari sebelum itu.

Peperiksaan UPSR bermula Selasa.

"Pihak sekolah tidak menghalang pelajar itu menduduki peperiksaan. Rekod sekolah menunjukkan dia tidak hadir pada hari peperiksaan pertama walaupun Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SUP) telah memaklumkan kepada pelajar untuk hadir," katanya kepada pemberita sebagai mengulas laporan akhbar pada Rabu mengenai perkara itu.

Abd Ghafar ditemui selepas menemani Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau perjalanan peperiksaan UPSR membabitkan 89 pelajar di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah di sini.

Abd Ghafar menjelaskan kementerian setiap tahun menghantar surat peringatan kepada semua sekolah di seluruh negara supaya membenarkan pelajar menduduki UPSR, seperti yang tercatat dalam Pekeliling Lembaga Peperiksaan.

Beliau berkata kementerian setakat ini menerima sembilan aduan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan peperiksaan UPSR.

"Semua aduan dan dakwaan itu telah disiasat oleh 'flying squad' Lembaga Peperiksaan dan didapati tidak berasas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan