PTPTN Hanya Senarai Hitam Peminjam Terima LOD

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Tindakan menyenarai hitam hanya diambil ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang ingkar dan mereka yang dikenakan tindakan saman atau Letter of Demand (LOD) sahaja.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987 Akta 556, membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam ingkar daripada ke luar negara.

"Tindakan ini hanya dilakukan terhadap peminjam atau penerima yang degil dan culas bayar pinjaman walaupun diberi peringatan berkali-kali," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad di Padang Kampung Pulau Pasir Mandi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata mulai Ogos 2008 sehingga akhir Julai lalu, pihaknya menyenarai hitam dan melarang 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Daripada jumlah tersebut katanya, 28,319 peminjam atau penerima membayar balik pinjaman dengan kutipan RM194.60 juta.

Katanya sehingga 31 Julai lalu, 104,983 saman dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.

Daripada jumlah tersebut, katanya 104,102 dihantar melalui panel peguam dilantik dan 881 diurus pegawai undang-undang PTPTN yang melibatkan amaun berjumlah RM1.67 bilion.

"Manakala sebanyak 79,669 saman mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau memberitahu, 4,282 peminjam atau penerima telah dibuat pelarasan membabitkan kos pentadbiran daripada tiga peratus dan lima peratus setahun kepada satu peratus setahun melibatkan pemulangan lebihan bayaran balik kepada peminjam berjumlah RM3.65 juta. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan