PR Gesa Lantik Menteri Kewangan Untuk Beri Tumpuan Penuh Terhadap Ekonomi Negara

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) pada Selasa menggesa kerajaan mempertimbangkan pelantikan seorang menteri kewangan sepenuh masa yang mana jawatan itu kini dipegang perdana menteri, sekali gus menggantikan amalan yang disifatkan lama dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata jawatan berkenaan perlu dipegang oleh individu berlainan kerana portfolio sebagai menteri kewangan juga penting dan memberi impak yang besar terhadap rakyat dan ekonomi negara.

Katanya, situasi ini sudah tidak sesuai kerana tugas dan tanggungjawab perdana menteri kini semakin besar dan banyak.

"Tidak sesuai...bermula zaman Tun Mahathir sehingga zaman Pak Lah mereka menghadapi masalah tumpuan sebab perdana menteri dan menteri kewangan banyak tugas, jadi banyak hal yang tidak dapat diuruskan secara saksama.

"Perdana Menteri dalam menangani hal ehwal negara mestilah melantik seorang menteri kewangan sepenuh masa dengan segera untuk memberi tumpuan terhadap ekonomi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha PR di ibu pejabat PAS, dekat sini, Selasa.

Hadir sama Pakar Strategi DAP Liew Chin Tong(Bukit Bendera), Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor).

Menurut Mustafa, pada masa kini tugas sebagai menteri kewangan menjadi semakin penting dan mencabar terutama dalam menghadapi krisis global yang tidak menentu.

Sebagai contoh, beliau berkata walaupun ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus dalam suku kedua, eksport bersih menurun sebanyak 36.2 peratus akibat krisis global.

"Sebab itu menteri kewangan diperlukan bagi memastikan sektor-sektor produktif terutama sektor pembuatan tidak runtuh dan mengakibatkan pengangguran besar-besaran," katanya.

Selain itu katanya, hutang isi rumah Malaysia yang kini berada pada RM540.5 bilion dan merupakan kedua tertinggi di Asia juga dijangka terus meningkat.

"Cabaran-cabaran ini jika tidak ditangani akan memberi impak terhadap situasi jenayah serta perpaduan sosial secara keseluruhan.

"Sudah sampai satu tahap perlukan perhatian khusus oleh seorang menteri kewangan yang tidak dibebankan dengan tugas perdana menteri," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh tentang skim perumahan yang diumumkan kerajaan yang didakwa pengagihan dananya sangat rendah walaupun kerajaan meletakkan siling pinjaman kewangan sehingga RM400 ribu.

"Bank-bank tidak berminat langsung kerana ia tak munasabah dari segi pembiayaan.

Antara lain yang disebut termasuklah harga komoditi getah yang tidak menentu dan pekebun kecil yang terlibat dalam dua komoditi berkenaan yang meletakkan harapan besar terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Katanya 50 peratus daripada umur getah dan sawit berada pada umur tidak produktif sedangkan umur produktif untuk kedua-duanya setakat 25 tahun sahaja.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan