Pos Malaysia Keluarkan Setem Jubli Intan Ratu Elizabeth II

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kerani Pos Malaysia, Norsharyda Zulkarnain, 25 menunjukkan setem kenangan-Jubli Intan Ratu Elizabeth II.Foto RICKY LAI/The Star
Kerani Pos Malaysia, Norsharyda Zulkarnain, 25 menunjukkan setem kenangan-Jubli Intan Ratu Elizabeth II.Foto RICKY LAI/The Star

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia yang akan mula dijual kepada umum Khamis ini di semua cawangan pejabat pos seluruh Malaysia.

Ketua Bahagian Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata siri setem khas itu dikeluarkan dalam dua reka bentuk, mempamerkan gambar Ratu Elizabeth II dan gambar Putera William dan Kate Middleton dijual pada denominasi RM1.50 setiap satu.

"Setem kenangan ini begitu istimewa kerana menampilkan cetakan setem di dalam setem (gambar Ratu Elizabeth II) iaitu kami mencetak semula setem ketika awal pertabalannya yang dikeluarkan Pos Malaysia pada 1953 di atas setem yang baharu," katanya kepada pemberita di sini.

Tahun ini merupakan Jubli Intan Pemerintahan Ratu Elizabeth II yang merupakan ratu paling lama memerintah dalam Monarki British iaitu selama 60 tahun.

Yasmin berkata Pos Malaysia juga akan mengeluarkan siri Setemku dengan reka bentuk animasi Upin dan Ipin pada minggu hadapan.

"Siri ini mempunyai lima tema yang dikeluarkan secara berperingkat di mana pelanggan berpeluang mencetak gambar sendiri di atas setem yang berlatarbelakangkan Upin dan Ipin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan