PKR Hampir Selesai Teliti Calon PRU13

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir selesai menyenaraikan calon mereka yang terdiri daripada muka baru dan lama termasuk calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata senarai calon parti itu kini ditahap 96 peratus dan ia sedang diteliti diperingkat pimpinan tertinggi parti untuk mendapatkan kelulusan.

"Boleh dikatakan PKR sudah selesai menentukan 96 peratus calonnya. Kesemua nama ini telah diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Calon-calon ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, golongan muda dan professional serta calon wanita.

"Jumlah empat peratus lagi yang masih belum diputuskan adalah melibatkan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dan ada sedikit lagi perkara yang perlu diperhalusi bagi memastikan kejayaan memihak kepada kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, berkata calon yang akan diperkenalkan pada PRU13 adalah mereka yang lebih berwibawa dan setia kepada parti berbanding calon pada 2008.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan