Pintu Tren Gagal Ditutup, Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Terganggu - Berita Semasa | mStar

Pintu Tren Gagal Ditutup, Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Terganggu

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terganggu kira-kira satu jam 30 minit pada Selasa ekoran masalah teknikal.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad Masnizam Hisham berkata kejadian 8 pagi itu berlaku setelah satu daripada pintu tren ketika berhenti di Stesen LRT Kampung Baru gagal ditutup rapat.

"Masalah itu menyebabkan pemandu LRT terpaksa menutup pintu tren secara manual menyebabkan perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya bergerak perlahan," katanya.

Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan LRT tiba lewat ke destinasi atau tempat kerja masing-masing.

"Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada 9.38 pagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan