Pembangkang Tuntut Bajet 2013 Lebih Mantap Integriti, Neutral

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) menuntut kerajaan memantapkan integriti belanjawan menjelang Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan perdana menteri hujung bulan ini.

Pakar Strategi DAP, Liew Chin Tong berkata bagi tujuan berkenaan, pejabat Perbendaharaaan perlu bertindak neutral memberi maklumat belanjawan yang teliti terhadap kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

"Biasanya Perbendaharaan akan bagi maklumat terperinci tentang bajet bukan bagi angka sahaja. Sekarang ini kita tidak pasti sama ada angka (belanjawan) itu betul atau tidak.

"Kita minta Perbendahaaran tidak memihak kepada sesiapa dan memberi angka-angka yang sahih. Selepas beri nombor atau maklumat terperinci, bantu kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) untuk tunjukkan perbelanjaan mereka kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Setiausaha PR di ibu pejabat PAS, dekat sini, Selasa.

Liew berkata langkah-langkah seperti ini perlu diambil supaya situasi dapat diberi penambahbaikan dengan menambah tahap kebebasan, kebolehan dan kepakaran institusi-institusi belanjawan.

"Banyak kes penyelewengan duit rakyat sejak akhir-akhir ini, institusi independen dan kuat sepatutnya diadakan supaya ia tak berlaku lagi dan tahap transparensi dan kebertanggungjawaban ditingkatkan," jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak yakin rakyat diberi maklumat sebenar tentang keadaan kewangan negara.

"Tiada sistem 'check and balance' (periksa dan seimbang) yang mencukupi," katanya.

Dalam 'Open Budget Index 2010', Malaysia terletak dalam kategori 'Ketelusan Bajet Minima'.

Liew yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera turut menuntut Jawatankuasa Belanjawan khusus dalam kementerian ditubuhkan di parlimen bagi memastikan debat belanjawan yang lebih mendalam dan lebih panjang tempohnya.

"Sekarang ini peringkat jawatankuasa apabila kita membahaskan bajet atau apa-apa pun rang undang-undang, peringkat jawatankuasa bukan jawatankuasa yg sebenar.

"Tak ada jawatankuasa yang betul-betul ada 20 atau 10 orang ahli yang mengkaji belanjawan secara terperinci," katanya.

Bagi memantau belanjawan kesemua kementerian, sebanyak tujuh jawatankuasa telah dicadangkan untuk menyelia isu-isu tempatan dan antarabangsa, ekonomi dan kewangan, keselamatan, pendidikan, bakat dan pekerjaan, perladangan dan perusahaan tempatan, infrastruktur, pengurusan sumber dan alam sekitar serta komuniti berkebajikan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan