Malino Airways Bukan Ancaman Kepada AirAsia

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengalu-alukan pembentukan syarikat penerbangan tambang rendah baharu di Malaysia, Malindo Airways, dan ia bukannya satu ancaman kepada kepada AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

Beliau berkata pembentukan Malindo Airways jelas menunjukkan kepentingan yang kian meningkat syarikat penerbangan tambang rendah dalam industri penerbangan global, terutamanya di Malaysia dan rantau Asean, seiring dengan Dasar Langit Terbuka Asean, yang akan berkuat kuasa pada 2015.

"Saya mengalu-alukan penubuhan Malindo Airways. AirAsia sentiasa mahu Asean dibuka. Ini adalah langkah yang baik," kata beliau kepada Bernama.

Fernandes sekali lagi menolak dakwaan yang Malindo Airways akan memaksa AirAsia tunduk kepada tekanan ekoran saingan sengit di Indonesia.

Beliau berkata, rangkaian meluas AirAsia di rantau Asia tidak akan terancam oleh syarikat penerbangan itu ataupun rakan-rakan usaha sama Malindo Airways.

"Syarikat penerbangan baharu itu bukanlah isu untuk kami di AirAsia. Kami telah bersaing di negara seperti Malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan yang kukuh seperti Malaysia Airlines (MAS).

"Kami juga mempunyai pasukan yang kuat untuk AirAsia, AirAsia X dan AirAsia Indonesia. Saya bangga dengan apa yang kami ada dan kami akan terus berkembang.

"Kami kini membina satu jenama global dan saya tidak rasa sesuatu seumpama ini akan memperlahankan aktiviti kami," tambah Fernandes yang kini berpangkalan di Jakarta untuk memantau operasi rantau Asean AirAsia.

AirAsia Malaysia kini diketuai oleh Aireen Omar.

National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup hari ini memeterai perjanjian usaha sama untuk membentuk Malindo Airways yang akan memulakan operasi pada 1 Mei di KLIA2 di Sepang.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malindo Airways dijangka menawarkan tambang rendah, malah lebih rendah berbanding AirAsia, selain daripada sistem hiburan dalam penerbangan dan saling hubung dalam penerbangan dalam kesemua pesawatnya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan