Kertas Siasatan Insiden Acu Pistol Diserahkan Kepada DPP Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kertas Siasatan melibatkan insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol ke arah sekumpulan lelaki akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada minggu hadapan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Beliau mendedahkan siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan di mana polis meneliti rakaman video yang dihantar oleh saksi sebelum kertas siasatan diserahkan kepada DPP.

"Kami sedang meneliti rakaman tersebut, kami akan memanggil pengawal peribadi untuk mengambil keterangannya berdasarkan klip video itu," katanya.

Polis menerima rakaman video pertama berhubung insiden itu yang diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Jasin di sini pada pukul 6 petang pada Selasa.

Rakaman berdurasi empat minit milik penulis blog berusia 29 tahun dari Jasin itu dirakam dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim pada Sabtu.

Chuah berkata, pasukan penyiasat telah mengambil keterangan beberapa saksi yang hadir pada majlis di tempat kejadian.

"Kami (polis) mengucapkan terima kasih kepada saksi yang tampil untuk memberi keterangan berhubung insiden itu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan