Elemen Militan Dikesan Masih Wujud Namun Terkawal

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Elemen militan dikesan masih wujud dan tetap menjadi ancaman kepada keselamatan negara namun aktiviti itu mampu dikekang berikutan pemantauan keselamatan yang rapi, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain.

Beliau berkata walaupun insiden militan Al-Maunah di Sauk, Perak berlaku kira-kira 12 tahun lepas namun situasi semasa memperlihatkan ancaman militan dalam negara masih wujud.

Katanya sejak kejadian di Bukit Jenalik, Sauk yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu, ATM melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil pelbagai inisiatif dalam membendung penularan aktiviti militan di negara ini.

"Walaupun elemen militan dikesan masih wujud, namun secara jelasnya keadaan itu berada dalam kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan," katanya.

Zulkifeli berkata melalui kerjasama erat ATM dan PDRM, seramai 13 individu dipercayai membawa anasir Darul Islam, yang dipercayai mempunyai jaringan dengan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia dan kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina khususnya kumpulan Abu Sayyaf, ditahan di Tawau, Sabah pada November lepas.

Katanya pembentukan Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap aktiviti militan kerana perbincangan mengenai ancaman keselamatan negara termasuk elemen militan menjadi antara fokus utama jawatankuasa itu.

JPGK juga berperanan memastikan kawasan persempadanan negara dengan negara jiran bebas daripada kejadian pencerobohan, penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan yang lain.

Zulkifeli berkata melalui kerjasama pasukan keselamatan dan agensi-agensi nasional serta jaringan kerja dengan negara-negara jiran, kewujudan elemen militan dalam negara ini dapat dikesan serta dineutralisasi.

"Kerjasama ATM-PDRM dan agensi penguatkuasaan nasional yang lain dengan pasukan keselamatan negara jiran dilihat berjaya menangani kewujudan elemen militan dalam negara," katanya.

Sebelum ini, ATM dan angkatan tentera negara-negara Asean telah meningkatkan kerjasama mereka terutamanya dalam pertukaran maklumat risikan tentang kegiatan pengganas yang mungkin wujud di rantau ini.

Pertukaran maklumat risikan antara angkatan tentera negara-negara Asean serta negara maju itu akan membolehkan ATM meramalkan sebarang ancaman yang mungkin berlaku.

Selain bertukar-tukar maklumat risikan dengan negara luar, ATM juga telah membina keupayaan dalam bidang risikan jangkaan bagi membolehkannya memperolehi maklumat yang berkualiti.

Selain Malaysia, pihak berkuasa Singapura dan Filipina juga telah menahan ramai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama Bin Laden. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan