Beli Lembu Guna Dana PFN Oleh Syarikat Tiada Kena Mengena Dengan PFN Dakwa Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Bank Negara menyiasat keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) kerana disyaki melakukan pemindahan wang yang bertentangan dengan mandat dan tujuan Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa pembelian lembu dari luar negara dibuat melalui syarikat broker yang dimiliki oleh keluarga Sharizat, Global Biofuture Pte Ltd.

"Pembelian lembu berjumlah jutaan ringgit ini dibayar oleh syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) yang menggunakan dana PFN sedangkan pembelian tersebut dibuat oleh Global Biofuture yang langsung tidak ada kena mengena dengan NMLC dan PFN.

"Ini bermakna wang PFN telah dipindahkan secara haram melalui NMLC kepada Global Biofuture yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat. Transaksi ini harus disiasat serta merta oleh Bank Negara dan pihak berkuasa memandangkan ia berkemungkinan melanggar AMLA kerana ia membabitkan penyelewengan wang rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR pada Selasa.

Beliau turut mendedahkan tiga dokumen termasuk, emel dari Donna Yong kakitangan Meatworks Singapura yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan PFN dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Ketua Wanita Umno berkenaan.

Kedua, borang permohonan penyediaan cek oleh NMLC yang dimiliki dan dikawal sepenuhkan oleh keluarga Shahrizat agar satu bayaran berjumlah US$990,402 (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura.

Ketiga, invois bernombor V14/10 daripada South East Asian Livestock Services Pte Ltd berpusat di Darwin, Australia berjumlah US$990,402 kepada Global Biofuture berpusat di Singapura yang dimiliki dan dikawal oleh keluarga Shahrizat.

Rafizi mendakwa, kehadiran Global Biofuture sebagai orang tengah dalam pembelian lembu ini pada harga yang tinggi menimbulkan persoalan:

1) Apakah keluarga Shahrizat mengambil untung dua kali ganda dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada PFN?

2) Apakah Global Biofuture makan untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual lembu-lembu tersebut kepada PFN?

3) Mengapakah PFN tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut daripada pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki oleh keluarga Shahrizat?

Justeru, Rafizi berkata bukti baru ini adalah mencukupi agar Bank Negara dan pihak berkuasa menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar AMLA.

"Satu laporan baru akan dibuat Khamis ini untuk memastikan siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa secepat mungkin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan