Bekas OCPD Tetamu Jamuan Teh Putera William

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thambipillay menunjukkan surat jemputan daripada Suruhanjaya Tinggi Britain.
Thambipillay menunjukkan surat jemputan daripada Suruhanjaya Tinggi Britain.

PETALING JAYA: Bertemu bertentangan mata dengan ahli keluarga Diraja Britain mungkin sukar atau mustahil bagi kebanyakan orang.

Namun tidak bagi bekas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Datuk R. Thambipillay.

Beliau pernah bertemu Ratu Elizabeth II apabila Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998.

Kini, beliau menerima jemputan daripada Suruhanjaya Tinggi Britain untuk bertemu Putera William bersama isterinya Kate Middleton dalam jamuan teh oleh Suruhanjaya Tinggi Britain pada 14 September ini.

Thambipillay, 82, berkata dia terkejut dengan sifat Ratu Elizabeth yang mudah didekati.

"Beliau merupakan individu penyayang yang tidak suka bermegah-megah. Beliau sentiasa menunjukkan minat dalam perbualan, bertanya soalan dan berbual dengannya merupakan sesuatu yang menyeronokkan.

"Bertemu dengan Ratu merupakan satu penghormatan untuk saya dan keluarga. Saya terkejut apabila Suruhanjaya Tinggi Britain menghubungi saya, 14 tahun kemudian bertanya jika saya mahu bertemu dengan bakal pewaris takhta Britain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan