Ahli Veteran MCA Pulau Pinang Maut Dalam Kemalangan - Berita Semasa | mStar

Ahli Veteran MCA Pulau Pinang Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang ahli veteran MCA Pulau Pinang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, Selasa.

Quah Eng Lam, 66, yang merupakan Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bendera menunggang sebuah motosikal bersama seorang pembonceng ketika insiden berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi.

Difahamkan Quah dalam perjalanan untuk menghantar seorang mekanik ke sebuah bengkel di Gat, Lebuh Presgrave selepas dia memulangkan van milik Quah ke pejabatnya di Gat Jalan Perangin.

Quah mati di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah treler yang membawa muatan simen.

Mayatnya kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Manakala mekanik itu yang hanya mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Quah menyertai MCA pada 1970 dan menjadi ahli aktif untuk tempoh lebih 40 tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan