Ramli Juhari Dilantik Setiausaha SPA - Berita Semasa | mStar

Ramli Juhari Dilantik Setiausaha SPA

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Ramli Juhari dilantik sebagai Setiausaha SPA yang ke-17, menggantikan Datuk Lamien Sawiyo berkuatkuasa pada Selasa.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, Ramli, 57, lulusan Manchester University dalam bidang Sumber Manusia, dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara mengambil kira pengalaman beliau selama 24 tahun berkhidmat di SPA, iaitu mulai Mei 1989.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan akhir sekali Timbalan Setiausaha (Pengambilan), katanya dalam kenyataan diedarkan pada majlis penyerahan nota serah tugas jawatan di sini, Isnin.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam.

Mahmood berkata, Lamien yang mula bertugas sebagai Setiausaha di SPA sejak Februari 2008, akan bertukar ke Parlimen sebagai Ketua Pentadbir Parlimen, juga berkuatkuasa esok, menggantikan Datuk Ngah Senik yang tamat tempoh perkhidmatan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan