PLKN Tidak Bazir Wang, Masa

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak membazirkan wang dan masa, sebaliknya menjadi landasan terbaik untuk melatih generasi muda yang akan mengambil alih proses pemerintahan negara kelak, kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe.

Beliau berkata pelatih yang menamatkan latihan akan ditawarkan untuk menyertai badan beruniform seperti Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela), tentera, Askar Wataniah dan bomba.

Bercakap pada sidang akhbar sebelum majlis pelepasan pelatih PLKN Siri 3 9/2012 di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa hakikat ini bagi menolak sekali lagi dakwaan sesetengah pihak bahawa PKLN merupakan program yang membazir wang kerajaan.

Katanya komen positif diterima daripada ibu bapa yang melihat perubahan pada anak mereka selepas kembali daripada latihan ini.

"Sebanyak RM700 juta telah diperuntukkan dalam PLKN pada tahun ini dan ia sangat berbaloi. Namun, kita berharap untuk mendapat peruntukan yang lebih pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept di Parlimen," katanya.

Tiki berkata antara lain, peruntukan itu akan membolehkan pembinaan kem baharu, menambah bilangan jurulatih dan menambah baik fasiliti serta perkhidmatan 81 kem yang sedia ada di seluruh negara.

Sementara itu, seramai 49,200 pelatih dari seluruh negara akan mengikuti Latihan Kumpulan 3 Siri 9 tahun ini.

Jumlah ini termasuk 4,921 pelatih yang akan ditempatkan di lapan kem di Sarawak iaitu Kem Bumimas, Kem Junaco Park, Kem Similajau, Kem Miri, Kem Bukit Saban, Kem Puncak Permai, Kem Juara dan Kem Putra Sentosa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan