Pak Man Meninggal Pada Usia 117 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger, Bukit Puteri dekat sini pada Ahad.

Beliau meninggal di pangkuan isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan salah seorang anak mereka Mohamad Deraman, 56.

Anaknya, Arina Abdul Rahman, 46, seorang guru berkata bapanya meninggal kerana sakit tua setelah tidak berselera untuk makan dan minum sejak dua bulan lalu.

"Ayah sebelum ini sihat tetapi mengadu tidak selera untuk makan, pada pertengahan bulan puasa lalu, menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan ibadah puasa," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.

Hasil dari lapan perkahwinannya, Allahyarham dikurniakan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan, di samping 25 orang cucu, enam cicit dan empat piut.

Pak Man yang pernah bekerja sebagai tukang rumah, pernah memberitahu untuk menjaga kesihatan, beliau tidak mengambil makanan manis, masin dan berkolesterol. Malah beliau tidak meminum air batu dan merokok.

Makanan yang diambilnya lebih banyak berasaskan sayur. Sepanjang usianya, beliau dikatakan tidak pernah mengidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung.

Allahyarham juga tidak bertongkat atau bercermin mata untuk membaca al-Quran.

Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Denger sebelum solat Zohor hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan