Legoland Tawar Promosi Tiket Sehari

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena meraikan pembukaan rasmi taman temanya pada hujung minggu ini, Legoland Malaysia mengumumkan penjualan tiket sehari terhad kepada para pengunjung.

Pembelian awal tiket itu akan menjamin kemasukan pada 15, 16 dan 17 September.

Dengan pembelian awal ini, akan ada juga pemberian percuma kameja-T dan rantai kunci bernilai sehingga RM80.

Tiket khas itu dijual hanya menerusi AirAsiaRedTix.com dan berharga RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Tiket itu hanya dijual bagi tempoh terhad. Butir-butir terperinci boleh didapatkan di laman web Leloland http://www.legoland.com.my/Ticket/Public-Opening-Day/.

"Sambutan minggu pembukaan akan menyaksikan banyak acara menarik diadakan di Legoland dengan pancaragam berkawad dari Denmark, pertunjukan jalanan, persembahan tarian dan bunga api," kata Siegfried Boerst, Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia, dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, pas tahunan masih dijual pada harga promosi sebelum pembukaan pada RM245 bagi dewasa dan RM180 bagi kanak-kanak dan warga emas sehingga tengah malam 14 September. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan