KDN Sedia Kaji SOP Penahanan Individu Yang Serah Diri

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Kementerian Dalam Negeri bersedia mengkaji prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung cara penahanan individu yang menyerah diri.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagaimanapun perkara itu perlu dibincang dengan PDRM terlebih dahulu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Tanjong Karang di sini hari ini, diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu berhubung tindakan polis menggari seorang gadis yang menyerah diri, selepas didakwa terbabit memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Senator dari MCA itu meminta polis mengkaji semula SOP penangkapan individu terutamanya wanita, remaja, suspek yang tidak ganas dan mereka yang tampil menyerah diri.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata polis mengikuti SOP yang ditetapkan ketika menahan gadis tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pihaknya yakin program pertukaran banduan dengan negara jiran khususnya Indonesia akan dapat diurus dengan baik.

Katanya usaha itu bukan sahaja dapat mengurangkan bilangan banduan asing di negara ini tetapi juga membolehkan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukum di negara luar menjalani hukuman penjara di tanah air.

Terdahulu ketika berucap, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau kagum dengan gerak kerja yang dibuat Umno Tanjong Karang di bawah pimpinan Datuk Seri Noh Omar dalam usaha merampas semula Selangor dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan