Rakyat Digesa Jangan Percaya Janji Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa manifesto pilihan raya pembangkang pada 2008 bukan janji yang wajib dipatuhi adalah bukti mereka hanya tahu berjanji.

Justeru kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, rakyat mesti menolak mentah-mentah manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. "Mereka kata manifesto bukan satu janji yang patut ditepati sebenarnya adalah satu yang amat tidak beretika diucapkan oleh seorang menteri besar. "...ia melambangkan hasrat sebenar pihak pembangkang, mereka hanya berjanji dan percayalah mereka tidak akan tepati janji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Sabak Bernam, di sini, Sabtu.

Beliau mengulas keengganan kerajaan Selangor membayar tunggakan subsidi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor yang tidak menikmati kemudahan itu seperti dinyatakan dalam manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

Ahmad juga menyifatkan tindakan 683 pengguna di Selangor mahu memfailkan tuntutan terhadap kerajaan pimpinan PKR berhubung isu itu sebagai wajar.

Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam Datuk Warno Dogol semasa berucap meminta pucuk pimpinan parti mempertimbangkan calon dari bahagian tersebut untuk bertanding di kawasan berkenaan.

"Kami tidak mahu calon 'parachute' dan kami yakin calon dari bahagian ini mampu memberi kemenangan kepada parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan