Pertemuan PM, Putin Buahkan Hasil

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VLADIVOSTOK: Malaysia telah menyatakan keinginannya untuk menjalin dagangan dan peluang perniagaan melangkaui tahap yang kini terhad dengan Rusia dan mahu bekerjasama di dalam bidang baharu yang lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di luar jadual Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) 2012 di sini berkata, semasa pertemuan itu, mereka telah berbincang mengenai cara kedua-dua negara boleh bekerjasama secara membina.

Bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat itu di Pulau Russky di sini, katanya Malaysia mengakui kekuatan Rusia di dalam industri ketenteraan dan aeroangkasa dan bantuan yang telah diberikannya kepada Malaysia di dalam bidang itu dan mahu mengembangkannya lebih jauh lagi.

Sebagai contoh, di dalam pelancongan, 40,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setahun berbanding dengan 800,000 pelancong Rusia melawat Thailand dan 3.0 juta ke Turki. "Ini adalah pasaran yang besar bagi kita," katanya.

Wujud potensi di dalam sektor tenaga, yang kedua-duanya merupakan sektor bukan minyak dan bukan gas, kerana Rusia kaya dengan rizab semula jadi dan syarikat dari kedua-dua negara boleh mengkaji melabur di dalam bidang itu.

Katanya Malaysia juga berminat mempelajari bidang teknologi nuklear, komunikasi dan teknologi ketenteraan yang terbaharu.

Najib berkata Malaysia akan menyokong keinginan Rusia menjadi hos Ekspo Dunia pada tahun ini.

Perdana Menteri, yang juga menemui Perdana Menteri Australia Julia Gillard, berkata perdagangan dua hala antara kedua-dua negara telah terus meningkat, dengan mencatat kenaikan 10.9 peratus kepada US$37 bilion pada 2011.

Antara lain, katanya mereka juga telah membincang isu pelarian yang mencari suaka. Dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri New Zealand John Phillip Key katanya kedua-dua mereka mengakui pertumbuhan perdagangan yang positif antara kedua-dua ekonomi.

Mengenai hasil mesyuarat hari pertama AELM, katanya para pemimpin itu telah mengulangi komitmen masing-masing untuk melihat kejayaan pelaksanaan Perisytiharan Bogor, iaitu satu set matlamat dan pelan bersama yang mereka hasilkan bagi mencapai kejayaan ekonomi bersama melalui persekitaran perdagangan bebas.

Katanya mereka telah membincangkan mengenai isu-isu hutang kedaulatan serta pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di seluruh dunia isu menangani perlindungan perdagangan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan