Penyumbang Dana Suaram Dipercayai Ada Kaitan Dengan George Soros - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat, antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator matawang terkenal George Soros, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata siasatan masih di peringkat awal untuk mempastikan penglibatan individu itu yang digelar "penyangak mata wang" ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998.

"Siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen dan perjanjian kedua-dua pihak, dan kita dapati NGO terbabit adalah salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar SUARAM.

"Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan emel (antara kedua-dua pihak)," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rasah di Politeknik Nilai di sini, Ahad.

Katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menyiasat lanjut perkara itu, dan beliau menggesa Bank Negara untuk campur tangan.

"Bank Negara perlu menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bagi mengambil tindakan terhadap kemasukan wang yang meragukan," kata Ismail Sabri.

Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentukan status SUARAM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan