Pelatih Ingkar: JLKN Serah 3,892 Nama Kepada Polis

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit.

"Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara, di sini Ahad.

Katanya JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN.

Abdul Hadi berkata mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam.

Katanya walaupun sudah menjalani khidmat komuniti, mereka masih diwajibkan mengikuti PLKN.

Abdul Hadi menasihatkan mereka yang dipanggil mengikuti PLKN tampil membuat penjelasan jika tidak mahu menghadiri latihan, agar tidak disiasat polis dan dikenakan tindakan undang-undang.

Mengenai pengambilan kumpulan ke-3 yang menjalani latihan bermula hari ini hingga 29 Nov, beliau berkata pihaknya merangka program khas untuk mereka iaitu Program Tiga Dalam Satu, iaitu sambutan bulan Kemerdekaan, Sambutan Hari 1Malaysia dan Ramah Mesra Aidilfitri.

Katanya program itu penting untuk mempercepatkan proses suai kenal antara pelatih selain mendedahkan mereka kepada perkembangan terkini dalam negara. Program itu turut menekankan semangat kenegaraan dan kerohanian, selain menyemarakkan lagi pembentukan negara bangsa, katanya.

Abdul Hadi berkata empat modul yang diperkenalkan sebelum ini iaitu fizikal, kenegaraan, khidmat komuniti dan pembangunan masyrakat tetap diteruskan.

"Ia adalah aktiviti yang telah diputuskan oleh kerajaan...tetapi dari segi pengisian ia akan diubah dari semasa ke semasa melalui jurulatih PLKN yang pakar bagi memastkan mereka ini tidak menjalani latihan dan pembelajaran yang sama dengan pelatih sebelum ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan