AJK PAS Pusat Serah Isu Nasharudin Kepada Majlis Syura

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Anggota Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS pada Ahad langsung tidak menyentuh isu berkenaan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu, jika ada, hanya akan dibuat Majlis Syura yang akan bermesyuarat malam ini (Ahad).

Beberapa pemimpin PAS lain ketika ditemui selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, turut menegaskan bahawa isu Nasharudin bukan perkara utama yang dibincangkan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tumpuan parti adalah strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang meskipun tarikh sebenar pilihan raya masih menjadi teka-teki semua pihak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Othman pula berkata AJK Pusat banyak berbincang mengenai beberapa konvensyen dan seminar yang bakal diadakan parti itu tidak lama lagi.

Isu kedudukan Nasharudin, termasuk kemungkinan beliau dipecat, semakin hangat mutakhir ini berikutan gesaan beliau yang juga Anggota Parlimen Bachok, agar PAS mempertimbang semula kerjasama dengan pakatan pembangkang yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir anggota parti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan