Sultan Johor Dukacita Kelengkapan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MERSING: Sultan Johor Sultan Ibrahim melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda turut meluahkan rasa kecewa kerana permintaan untuk mempertingkat kelengkapan kor itu tidak diendahkan, seolah-olah Kor Gerak Khas dianaktirikan.

"Saya amat menghargai nilai nyawa anggota Gerak Khas kerana ianya adalah modal insan yang terlatih, namun jika anggota itu dilengkapkan dengan peralatan yang tidak bermutu dan tidak menepati standard spesifikasi, maka peluang untuk mereka terbunuh adalah amat tinggi. Sekiranya perkara ini berterusan yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan, maka saya rasa lebih baik saya mengambil alih pembelian peralatan tersebut," titah baginda.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar di sini hari ini. Turut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Penglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkefli Zainal Abidin.

"Dalam usaha kerajaan mengawal bajet dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi," titah baginda. Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.

Baginda juga mahu segala rancangan pembangunan rejimen dimaklumkan kepadanya kerana baginda sentiasa mengikuti perkembangan rejimen itu.

Kem Iskandar titah baginda, menjadi lokasi lawatannya setiap kali mengunjungi Mersing. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan