SSM Kenal Pasti Lima Kes Suara Inisiatif

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenal pasti lima kes untuk diambil tindakan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif) mengikut Akta Syarikat 1965.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata buat masa ini hanya satu kes sahaja yang dibawa ke muka pengadilan dalam masa seminggu dua ini.

"Kes selebihnya masih dalam siasatan dan mungkin juga akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Umno Pekan di sini Sabtu.

Sebelum ini SSM dikritik beberapa pihak kerana didakwa gagal bertindak terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengaku menerima dana dari negara asing dan individu dari seluruh negara.

Kritikan itu susulan laporan yang mendakwa Suaram bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan tetapi syarikat dikenali Suara Inisiatif.

SSM kemudian mengesahkan Suara Inisiatif berdaftar dengan mereka di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

Ismail Sabri berkata tindakan SSM ke atas Suara Inisiatif itu bukan disebabkan politik tetapi berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Syarikat 1965. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan