Speaker Akan Putuskan Status Anggota Parlimen Labuan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pandikar berkata beliau harus memutuskan sama ada membenarkan Yussof menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula 24 September.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang dari 24 September hingga 27 November untuk sesi bajet.

Katanya beliau menerima pengesahan daripada Jabatan Insolvensi bulan lepas di mana Yussof diisytiharkan muflis dan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat keputusan.

"Saya harus pulang ke pejabat dan meneliti semua perkara. Sekiranya saya akhirnya memutuskan beliau tidal layak sebagai anggota Parlimen, jadi saya harus bercakap dengan beliau dan meminta beliau tidak menghadiri sesi terakhir (Dewan Rakyat)," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Umno Kota Kinabalu di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada majlis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Labuan mengeluarkan notis muflis kepada Yussof, 56, walaupun jumlah hutang tidak didedahkan.

Perintah muflis itu dikeluarkan berdasarkan permohonan yang difailkan pada 24 Mei lalu.

Yussof berkata usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan