Pesawat Ringan Terbabas, Juruterbang & Penumpang Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat ringan milik persendirian terselamat apabila pesawat jenis Piper 34200 terbabas di Lapangan Terbang Pulau Tioman di sini, Jumaat.

Jurucakap polis berkata juruterbang, Salem Ibrahim yang juga seorang peguam, dan Foo Shing Yng, kedua-duanya warga Singapura tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 2.02 petang Jumaat.

"Pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan akibat tayar hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.

"Situasi itu menyebabkan pesawat berkenaan hilang kawalan dan terseret hingga ke tengah landasan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat lapangan terbang bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan, katanya.

"Kini pesawat berkenaan telah dialih dari tempat kejadian dan ditempatkan di kawasan lapangan terbang pulau peranginan berkenaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan