Jangan Anggap PRU 13 Sebagai 'Musim Menuai'- Zahid Hamidi

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota dan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai 'musim menuai'.

Sebaliknya, beliau berkata pilihan raya umum ke-13 perlu dilihat sebagai cabaran besar dan getir yang memerlukan kerja kuat berterusan semua anggota parti tanpa perlu menunggu peruntukan sampai terlebih dahulu kepada mereka.

"Jentera parti Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap siaga bilapun pilihan raya (diadakan) sama ada tahun ini atau tahun hadapan. Jangan jadikan asas bahawa peruntukan yang diperoleh itu (ada) baru bekerja. Pusat Daerah Mengudi dan bilik gerakan seharusnya dibuka dari sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan perwakilan Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri Umo Kalabakan di Dewan Masyarakat Tawau di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata untuk menawan semula negeri dan kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, anggota dan kepimpinan Umno serta B Nperlu mengetepikan segala sikap negatif serta bekerja lebih keras dan bijaksana.

Katanya ramai pengundi atas pagar sebenarnya mahu Umno dan BN tetapi disebabkan kegagalan jentera pilihan raya Umno dan BN mendekati atau lambat mendekati golongan tersebut menyebabkan pengundi itu mengundi parti pembangkang. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan