VIS Benarkan Mangsa Jelas Kesan Jenayah Sebelum Hukuman Dijatuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masih baru diketahui mangsa bahawa mereka mempunyai masa untuk dibenarkan menyatakan kesan daripada jenayah yang berlaku sebelum hakim memutuskan hukuman di bawah pindaan Kanun Tatacara Jenayah.

Kenyataan impak kesalahan ke atas mangsa (VIS) yang boleh memperbaharui hukuman, akan mempercepatkan penyelesaian perbicaraan mahkamah, kata Jabatan Peguam Negara.

Di bawah pindaan yang diperkenalkan bermula 1 Jun itu, mangsa atau ahli keluarganya boleh atas permintaan untuk membuat kenyataan bagi memperjelaskan kesan daripada kesalahan itu.

Menurut Jabatan Peguam Negara, jika mangsa atau ahli keluarganya tidak dapat menghadiri prosiding, mahkamah mengikut budi bicaranya mungkin menerima satu pernyataan bertulis.

Bagaimanapun, berdasarkan kes jenayah seksual baru-baru ini, VIA tidak digunakan.

Dalam kes yang melibatkan Chuah Guan Jiu yang berusia 21 tahun, yang disabitkan bersalah kerana merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun, mangsa tidak dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat kenyataan, kata Timbalan Ketua Peguamcara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah kepada The Star.

“Mangsa tidak diberitahu mengenai hak itu oleh Timbalan Pendakwa Raya sebagai bukti yang dikemukakan bahawa tertuduh adalah kekasihnya dan dia telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks.

“Oleh itu, kenyataan kesan terhadap mangsa daripadanya tidak menyumbang kepada sabitan hukuman yang teruk,” kata Tun Abdul Majid.

Beliau berkata, VIS akan membantu mahkamah dalam bermesyuarat mengenai hukuman yang sesuai dengan kesan yang akan ditanggung oleh mangsa.

“Pada masa yang sama, mangsa atau ahli keluarga boleh memaklumkan kepada mahkamah sama ada mereka telah mengampunkan tertuduh.”

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, membenarkan mangsa untuk memperjelaskan tentang bagaimana mereka terjejas akibat insiden itu akan membolehkan mahkamah memahami mengenai kesen penuh jenayah itu.

“Ini bermakna perlu mendengar lebih banyak kenyataan daripada mereka. Jika ia begitu jujur… mereka akan meluahkan kesedihan mereka,” katanya kepada The Star.

Abdul Ghani menambah bahawa sekiranya mangsa tidak tampil untuk bersuara, peguam mereka boleh mewakilkan menyampaikan kenyataan itu.

“Jika, sebagai contoh, anda mahu bercakap mengenai satu kumpulan pengedar dadah, anda berasa takut untuk bersemuka dengan mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ianya adalah lebih baik sekiranya VIS disuarakan oleh mangsa kerana emosi mereka lebih mempengaruhi daripada mana-mana faktor yang dikemukakan oleh pendakwa.

VIS sudah pun dilaksanakan di kebanyakan negara, termasuk Australia, Finland, Afrika Selatan, Britain dan Amerika Syarikat.

“VIS merupakan medium untuk mangsa meluahkan perasaan mereka dan sebahagian daripada sistem keadilan jenayah dalam prosiding terhadap perlakunya,” kata Tun Abdul Majid.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan