Matlamat Umno Selangor & Kelantan Sama Biarpun Pendekatan Bebeza - Noh Omar

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Umno Selangor dan Kelantan mempunyai matlamat yang sama iaitu merampas kedua-dua negeri itu dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sungguhpun pendekatan yang digunakan untuk tujuan itu berbeza.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana tidak seperti Kelantan yang sebahagian besar pengundinya Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor pada masa yang sama tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.

"Di Kelantan ramai pengundinya Melayu tidak seperti Selangor yang kita pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada pengundi berbangsa lain pada pilihan raya ini. "Selain itu yang berbeza di Kelantan, pemerintahan PAS sudah lama tetapi di Selangor pembangkang masih baru tetapi (Umno) bermatlamat sama untuk melihat B Nmenang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, Jumaat.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata rakyat Selangor perlu melihat sandiwara pembangkang terutama untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya. "Kenyataan kerajaan Selangor yang awal-awal lagi memaklumkan bahawa tidak semestinya mereka perlu menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya, sudah cukup untuk rakyat melihat bagaimana mereka sebenarnya bersandiwara," katanya.

Sementara itu, Noh meminta semua anggota Umno supaya tidak perlu memikirkan bila tarikh pilihan raya umum akan diumumkan tetapi yang penting sama ada mereka sudah bersiap sedia.

Beliau berkata anggota Umno perlu bersiap sedia dan menganggap seperti esok adalah pilihan raya kerana dengan keadaan itu, semua anggota parti dilihat sudah bersedia sepenuhnya.

"Jangan fikir teka teki bila pilihan raya umum nak diadakan. Kita anggap sahaja esok adalah pilihan raya kerana ini tanda kita sudah bersedia sepenuhnya," katanya.

Noh berkata apa yang berlaku, rakyat sudah membuat pilihan yang bijak dan melihat siapa sebenarnya yang boleh digantungkan harapan untuk membela nasib mereka.

"Di Kelantan mereka kini gunakan hudud sebagai senjata PAS menjelang pilihan raya. Ini cara mereka, kononnya merekalah pejuang Islam sedangkan kita tahu apa muslihat sebenarnya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan