Tukar Kerajaan: Lebih Banyak Keburukan Akan Berlaku - Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara tidak semestinya membawa kebaikan malah boleh mengundang lebih banyak keburukan kepada sesebuah negara.

Bekas perdana menteri itu berkata keadaan itu boleh berlaku sekiranya rakyat menyerahkan sistem pentadbiran negara kepada pembangkang yang hanya pandai menabur janji selain mengutamakan kepentingan diri daripada hal ehwal negara.

Katanya pembangkang meminta rakyat melakukan perubahan dengan memilih kerajaan baharu dalam kempen mereka tetapi sebenarnya bukan betul-betul ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya ingin mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata demikian ucapannya pada majlis 'Sepetang bersama Tun Mahathir bersama pesara kerajaan Lembah Pantai' di sini Khamis.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dr Mahathir berkata ada sesetengah pihak pula akan terikut-ikut dan percaya kempen pembangkang itu, namun mereka tidak sedar apa yang dinikmati ketika ini seperti keamanan dan kemakmuran negara akan hilang.

"Tiada cara lain. Sebaik mereka mendapat kuasa, mereka akan melakukan segala apa yang mungkin bagi menghalang Barisan Nasional (BN) daripada mendekati hati rakyat. Biar kita menghargai perkara yang baik sekarang," katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat harus sedar mengenai kelebihan negara mengecapai kemakmuran sejak kemerdekaan 55 tahun lepas.

Katanya, kejayaan pentadbiran kerajaan BN kini adalah hasil daripada kerjasama oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan