Selain Produk Subsidi, Kerajaan Tidak Kawal Harga Barangan Keperluan Sepanjang Masa - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa selain produk yang terdapat dalam senarai subsidi, kerajaan tidak mengawal harga barangan keperluan pengguna sepanjang masa.

Beliau berkata ini kerana sebagai negara yang mengamalkan pasaran bebas, harga barangan pengguna adalah berdasarkan permintaan dan penawaran yang berlaku dalam sesebuah pasaran.

"Ini yang rakyat perlu faham, kerajaan hanya kawal harga produk subsidi dan barangan keperluan sewaktu musim tertentu serta untuk tempoh yang telah ditetapkan sahaja.

"Itupun terhad kepada beberapa barangan sahaja. Contohnya pada sambutan Aidilfitri lepas terdapat 20 barangan dimasukkan di bawah skim kawalan harga musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini, Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan harga barangan keperluan naik selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini, beliau berkata sehingga hari ini kementerian tidak menerima laporan mengenai perbezaan harga barang yang tinggi daripada pengguna.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengingatkan bahawa pihak kementerian sentiasa mengadakan pemantauan bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga sesuatu barangan tanpa alasan yang munasabah sehingga boleh membebankan rakyat sebagai pengguna.

"Rutin pemantauan akan berlaku setiap masa kerana pegawai pemantau harga kementerian bertugas bukan sahaja untuk memantau dari segi turun naik harga barang.

"Malah mereka (pegawai pemantau harga) turut bertanggungjawab membuat kajian mengenai kenapa kenaikan harga berlaku seterusnya membuat penilaian tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang itu," katanya.

Mengenai skim kawalan harga musim perayaan bagi sambutan Aidilfitri baru-baru ini, beliau berkata pihaknya hanya menerima lima aduan berkaitan kenaikan harga barang sepanjang tempoh kawalan berlangsung yang berakhir minggu lepas.

"Sepanjang dua minggu skim kawalan harga berlangsung juga kita dapati tiada kes yang melibatkan kekurangan bekalan dilaporkan selain hanya lima kes melibatkan kenaikan harga barang daripada kira-kira 50 ribu peniaga di seluruh negara yang dipantau," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan