Saham Lynas Melonjak Selepas Lesen Dikeluarkan Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Saham-saham Lynas Corporation melonjak lebih daripada 50 peratus pada awal dagangan pada Khamis selepas syarikat nadir bumi itu memperoleh lesen sementara untuk kilang nadir buminya, berharga RM800 juta, di Kuantan.

Selepas penutupan sesi dagangan Rabu, syarikat itu berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia meluluskan lesen operasi sementara (TOL) untuk kilangnya di Kuantan.

Pada 10.40 pagi (waktu Melbourne) pada Khamis, saham Lynas mencatat peningkatan 50 peratus pada A91 cents sebelum susut kepada A78 cents pada 11.10 pagi, lapor Associated Press Australia.

Kilang yang pembukaannya ditunggu-tunggu itu, dibantah oleh pencinta alam sekitar yang bimbang terhadap risiko radioaktif. Kilang itu akan memproses nadir bumi dari lombong Lynas Mount Weld di Baray Australia.

China kini mengeluarkan kira-kira 95 peratus bahan nadir bumi, bahan yang penting untuk produk elektronik. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan