Pemergian Mahadzir Satu Kehilangan Pada Arena Keintelektualan Negara - PM

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir sebagai satu kehilangan besar kepada arena politik dan keintelektualan negara.

Perdana Menteri berkata, sebagai individu yang telah dikenalinya sejak sekian lama, Allahyarham dilihat sebagai seorang tokoh yang tegas dan berani dalam mengeluarkan pendapat walaupun bertentangan namun bernas.

"Allahyarham seorang ahli politik yang saya anggap sebagai berani, selalu keluarkan pendapat yang bernas, tidak takut untuk mengeluarkan pendapatnya semasa beliau menjadi anggota Parlimen dan Timbalan Menteri Pendidikan.

"Saya dah kenal Allahyarham lama, terutama sekali sewaktu saya jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, kami selalu adakah percambahan fikiran dan saya hargai beliau sebagai tokoh intelek yang mampu untuk beri pandangan dan pendapat yang berguna lagi bernas," katanya kepada pemberita ketika menziarahi jenazah allahyarham di rumah bekas timbalan menteri itu di sini, malam Rabu.

Najib berkata, pemergian Allahyarham, yang juga bekas pensyarah di Universiti Malaya dan pakar sejarah itu merupakan satu kehilangan yang tidak ternilai dalam arena politik dan pendidikan kerana perwatakannya yang suka mengeluarkan pendapat dan tidak takut untuk menyatakan pendapat berbeza sukar diganti.

"Kita amat hargai keberanian beliau dari segi keintelektualannya," katanya.

Perdana Menteri yang tiba pada 8.11 malam dilihat berbicara dengan isteri Allahyarham, Datin Dr Amla Mohd Salleh dan tiga anaknya sebelum masuk ke rumah bagi menziarahi jenazah.

Najib yang berpakaian baju Melayu putih dan bersongkok kemudiannya bersalaman dengan tetamu lain sebelum meninggalkan rumah Allahyarham.

Mahadzir, 67, meninggal dunia pada 4.30 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dimasukkan ke pusat itu petang semalam akibat diserang strok.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 10 pagi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan