Kerajaan Teruskan Perbelanjaan Pembangunan Serta Urus Hutang - Donald Lim

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu terus membuat perbelanjaan untuk pembangunan dan pada masa yang sama menangani hutang negara pada paras yang boleh diurus, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata fasa pembangunan penting sedang dijalankan sekarang membabitkan projek bernilai berbilion-bilion ringgit seperti Mass Rapid Transit (MRT).

Sehingga Disember 2011, nisbah hutang negara kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah 51.8 peratus.

"Sudah semestinya angka hutang agak tinggi, namun kita perlu berbelanja untuk infrastruktur, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

"Kami mahu menurunkan angka itu, bagi negara paling maju 100 peratus manakala di Amerika Syarikat pada 200 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Forum mengenai Skim Persaraan Swasta di Malaysia.

Forum itu dianjurkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia dan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia.

Lim berkata kerajaan akan bekerja keras untuk memastikan siling hutang tidak melepasi 55 peratus KDNK negara, yang meningkat daripada 45 peratus pada Julai 2009.

Beberapa agensi penarafan global, termasuk Standard & Poor's dan Fitch Ratings, baru-baru ini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap profil kredit negara.

Sementara itu, Lim berkata pergantungan negara terhadap sektor minyak dan gas (O&G) akhirnya akan turun memandangkan kerajaan sudah meningkatkan usaha untuk meluaskan asas pendapatannya.

Lim berkata pada masa ini, sektor O&G membekalkan kira-kira 35 peratus pendapatan negara, diikuti sektor komoditi, (minyak sawit dan getah), perkilangan, pasaran runcit dan pelancongan.

"Tahap pergantungan pada tahun 1990-an setinggi 50 peratus dan kami sudah menurunkannya dengan unjuran peningkatan sumbangan daripada sektor perkhidmatan menerusi usaha yang dilakukan untuk merangsang industri itu," katanya.

Mengenai Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Jualan (GST), Lim berkata bacaan kedua akan dibentangkan di Parlimen sebaik memperoleh maklum balas daripada komuniti perniagaan.

"Pada masa ini kami menjalankan kempen kesedaran dan lebih ramai kini maklum mengenainya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan