JPJ Edar Notis Temusiasat Kepada Pesalah Trafik Mulai Hujung Bulan Ini - Solah

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula mengedarkan notis temusiasat kepada pesalah trafik yang dikesan semasa Op Selamat 2012, mulai minggu keempat bulan ini. Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata notis-notis itu sedang diproses oleh bahagian penguatkuasa di ibu pejabat dan negeri-negeri.

"Apabila kami menyamar, kami mengambil gambar anda sedang memotong di garisan berkembar, memotong barisan, gagal mematuhi lampu isyarat dan sebagainya.

"Nombor kenderaan kami ada dan daripada nombor kenderaan itu kami dapat pemilik kenderaan. Jadi kami akan panggil mereka untuk ditemusiasat. Kami ada bukti, gambar dan sebagainya. Jadi kami akan keluarkan saman," katanya pada sidang akhbar sempena penutup Op Selamat 2012 dan sambutan Aidilfitri ibu pejabat JPJ di sini Khamis.

Solah berkata sesiapa yang gagal mematuhi notis temusiasat itu boleh disenaraihitam.

Beliau berkata penerima notis boleh berurusan dengan JPJ terdekat untuk ditemusiasat walaupun kesalahan dilakukan di negeri lain.

Menurut statistik penguatkuasaan bergambar yang dilakukan anggota JPJ di seluruh negara yang diedar pada sidang akhbar itu, sebanyak 5,487 kesalahan direkod sepanjang Op Selamat yang bermula 12 sehingga 28 Ogos dengan kesalahan paling tinggi ialah gagal mematuhi lampu isyarat iaitu 2,616 kes.

Selain itu kesalahan memotong barisan (836), tidak memakai topi keledar (804), lain-lain kesalahan (653), menggunakan telefon bimbit semasa memandu (232), tidak memakai tali pinggang keledar hadapan atau belakang (181), memandu di lorong kecemasan (116), memotong di garisan berkembar (41) dan memandu kenderaan berat di lorong laju (lapan).

Dalam perkembangan lain Solah berkata JPJ akan terus membuat pemantauan di kawasan 'hitam' yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, walaupun bukan pada musim perayaan.

Ditanya sama ada terdapat perancangan untuk menambah lokasi 'blackspot' di negara ini, Solah berkata ia tidak boleh ditambah atau dikurang kerana ia ditentukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) mengikut kriteria ditetapkan.

Sehingga kini Miros mengenal pasti 246 lokasi 'blackspot' iaitu 96 kawasan dipantau JPJ dan 150 lagi dipantau Polis Diraja Malaysia, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan