Jenazah Penuntut Malaysia Dijangka Tiba di Malaysia Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VLADIVOSTOK: Jenazah dua penuntut Malaysia, Hanisah Muhd Shah dan Adzreen Dimyati yang maut dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lepas, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat pagi.

Bedah siasat terhadap kedua-dua mayat itu telah selesai dan jika semua prosedur yang perlu dapat diselesaikan di Moscow, jenazah kedua-dua penuntut itu akan diterbangkan ke Kuala Lumpur melalui Dubai, kata Duta Malaysia Datuk Zainol Abidin Omar kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan sidang Apec 2012 di sini, Khamis.

Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi penuntut perubatan Malaysia dari University of Nishny Novgorod State Medical Academy cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain ketika kesemua mereka dalam perjalanan dari Moscow ke Nishny Novgorod.

Lima penuntut yang cedera pada awalnya dirawat di hospital Vladimirskaya dan kini dipindah ke sebuah hospital di Nishny Novgorod, kata Zainol Abidin.

Beliau berkata syarikat insurans juga akan menghantar pegawai perubatan mereka untuk memeriksa keadaan lima penuntut terlibat, dan jika tiada kecederaan serius, mereka telah melahirkan hasrat untuk meneruskan pengajian di universiti itu.

Sementara itu, siasatan sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar kemalangan itu, katanya.

Terdapat sejumlah 3,000 rakyat Malaysia kini menuntut di Rusia, dengan kebanyakan mereka adalah penuntut perubatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan