Jenazah Penuntut Malaysia Dijangka Tiba 9.40 Malam Esok

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dimyati, bapa kepada Adzreen yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Russia bersama saudaranya, Datuk Rabe`ahtul A. Abas (kanan) di hadapan kediamannya di Presint 9 Putrajaya, Khamis.
Dimyati, bapa kepada Adzreen yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Russia bersama saudaranya, Datuk Rabe`ahtul A. Abas (kanan) di hadapan kediamannya di Presint 9 Putrajaya, Khamis.

PUTRAJAYA: Jenazah dua pelajar Adzreen Dimyati dan Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Russia, Ahad lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.40 malam esok (Jumaat).

Bapa allahyarham Adzreen, Dimyati Mohamed, 55, berkata jenazah akan disembahyangkan di surau Al-Iman di Presint 9 di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20.

"Jenazah dijangka tiba esok malam dan kemudian dibawa ke sini (rumah) dan akan disembahyangkan di surau sebelum dikebumikan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di rumahnya di sini Khamis.

Adzreen dan Hanisah maut manakala lima lagi penuntut perubatan Malaysia dari University of Nishny Novgorod State Medical Academy cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain ketika kesemua mereka dalam perjalanan dari Moscow ke Nishny Novgorod.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara berkata, pihaknya akan menghubungi penuntut yang masih dirawat di hospital di negara itu untuk diberikan bantuan yang sepatutnya.

"Saya mewakili kelab dan kerajaan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Melalui rangkaian kelab yang ada di sana, wakil kita akan mengunjungi mangsa yang cedera dan akan dapatkan laporan jika ada antara mereka perlu dibawa pulang maka kita akan uruskan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan