Dua Penganjur Utama Himpunan Janji Demokrasi Dipanggil Beri Keterangan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil dua penganjur utama Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan semasa sambutan Ambang Merdeka pada malam Khamis lepas, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 3 petang Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dua penganjur utama berkenaan iaitu Datuk A. Samad Said dan Maria Chin Abdullah akan hadir untuk memberi keterangan mereka setelah diberi notis hadir oleh polis. "Keterangan dua penganjur utama itu adalah yang paling penting setakat ini namun penganjur bersama yang lain, kita akan panggil jika ada keperluan untuk mereka memberi keterangan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Mohmad berkata polis masih memberi peluang kepada lapan lagi individu yang gambar mereka disiarkan media dua hari lepas, untuk tampil dan menyerah diri bagi membantu siasatan.

Katanya tiada tempoh masa diberikan untuk menyerah diri namun jika mereka masih gagal berbuat demikian, polis akan menahan kelapan-lapan individu tersebut.

"Insiden yang berlaku pada malam Ambang Merdeka itu sesuatu tindakan yang amat serius kerana ia ibarat menghina sistem pemerintahan negara kita dan polis akan memastikan kesemua mereka ditahan jika tidak menyerah diri," katanya.

Tiga daripada 11 individu yang disiarkan foto mereka melalui media, telah ditahan berhubung tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin negara dan menunjuk punggung di khalayak ramai. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan