Cybernetics Buang Pelajar Hina Pemimpin Negara

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku pelajarnya yang menyalahi undang-undang negara.

Justeru, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej memutuskan untuk memberhentikan seorang pelajarnya yang didapati terbabit dalam perbuatan menghina pemimpin negara baru-baru ini, kata kolej itu dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, perbuatan pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia terbabit adalah atas kapasitinya sebagai individu.

"Ia sama sekali tidak mewakili budaya ilmu yang dipraktikkan di Cybernetics," kata kenyataan itu.

Cybernetics juga mengambil langkah proaktif bagi membantu pihak polis sepanjang proses siasatan kes.

"Cybernetics sentiasa menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ini untuk melahirkan modal insan yang berilmu, bertatasusila, dan menjunjung keluhuran perlembagaan untuk pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyat," kata kenyataan itu.

Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan